Imbasan kemeriahan UNIKOP Merdeka Fun Run 2026 | Bersatu Berlari, Jiwa Merdeka, yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, kesukanan dan kebersamaan.
Acara pelepasan (flag-off) bagi kategori 3KM dan 5KM telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid, Pengerusi UNIKOP merangkap Pengarah Pengurusan PDRM. Beliau turut meluangkan masa meninjau reruai pemeriksaan kesihatan serta jualan yang memeriahkan program.
Acara diteruskan dengan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang, diikuti sesi cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian.
KOP Mantap Berhad dan UNIKOP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDH CP Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid, barisan Pengarah PDRM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, tetamu jemputan, peserta, rakan penaja, pempamer, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan menjayakan program ini.
Penganjuran UNIKOP Merdeka Fun Run 2026 mencerminkan komitmen berterusan KOP Mantap Berhad dan UNIKOP dalam memperkukuh jaringan strategik, mendekati komuniti serta menyokong agenda pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.






























