KOP Aviation Sdn. Bhd. terus melakar pencapaian strategik melalui kerjasama dengan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai pemain berdaya saing dalam industri penerbangan dan perkhidmatan marin.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan KOP Aviation dalam memacu inovasi, pembangunan bakat serta memperkukuh kerjasama strategik di peringkat global. Usaha ini selaras dengan pengukuhan keupayaan syarikat dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pembekalan peralatan, latihan serta perkhidmatan perundingan.




