Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KMB, YBrs. Tn. Daniel Wong Abdullah, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KMB dalam memperkukuh hubungan strategik, mempererat jalinan kerjasama serta membuka ruang perkongsian pandangan antara KMB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi kepentingan bersama.
Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen KMB untuk membina hubungan dan kerjasama yang berterusan bersama PDRM, selaras dengan aspirasi Kumpulan dalam meneroka peluang kolaborasi yang memberi nilai tambah kepada organisasi, komuniti dan negara.





