KUCHING, SARAWAK 18 NOV 2025 – Tn. Daniel Wong Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap berhad (KMB) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Supt. Rusdin bin Bainin, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (5), PDRM. Kuching Sarawak.
Turut hadir bersama pegawai-pegawai kanan Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (5) serta pengurusan KOP Mantap Berhad.
Kunjungan ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan baik antara kedua-dua pihak serta bertukar pandangan dalam usaha membangunkan anak-anak syarikat milik Koperasi PDRM Berhad.
#kunjunghormat #pdrm #pasukanpolismarin #wilayah5 #kopmantapberhad



