Our News & Events

Stay updated with our latest news, events, and company highlights.

July 22, 2026

Kunjungan Hormat YDH DCP Datuk Nik Ezzany bin Mohd Faisal, Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di KOP Mantap Berhad & KOP Logistic & Distribution – 22 Julai 2026

Sesi kunjungan hormat ini memberi tumpuan kepada perkongsian mengenai peranan dan fungsi strategik AKPS dalam memperkukuh kawalan serta perlindungan sempadan negara. Perkongsian tersebut turut membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik, perkongsian kepakaran serta peluang sinergi antara kedua-dua organisasi.

Dalam kesempatan tersebut, YDH Datuk turut meluangkan masa berkunjung ke beberapa pejabat subsidiari KMB, termasuk KOP Logistic & Distribution, bagi melihat dengan lebih dekat peranan, operasi dan keupayaan syarikat-syarikat di bawah Kumpulan KMB.

Sebagai tanda penghargaan, YBrs. Tn. Daniel Wong Abdullah turut menyampaikan plak penghargaan dan cenderamata kepada YDH Datuk sebagai simbolik jalinan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

KOP Mantap Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YDH Datuk mengadakan kunjungan hormat. Semoga hubungan strategik yang terjalin terus diperkukuh melalui kerjasama dan kolaborasi yang memberi nilai tambah kepada kedua-dua organisasi serta menyokong aspirasi pembangunan negara.

Scroll to Top