KOP Mantap Berhad (KMB) telah menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-91 Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) yang berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Ketua Polis Negara, dan turut menghimpunkan barisan kepimpinan, para perwakilan serta warga KPDRM dalam memperkukuh agenda pembangunan dan hala tuju strategik koperasi.
Bersempena MAPT Ke-91, KMB bersama anak-anak syarikat milik penuh KPDRM turut mengambil bahagian dalam pameran korporat bagi memperkenalkan portfolio perniagaan, perkhidmatan serta inisiatif strategik yang menyokong pertumbuhan dan pengukuhan ekosistem Kumpulan.
Turut berlangsung satu sesi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad (KMB), YBrs Tn. Daniel Wong Abdullah, yang membentangkan prestasi dan perkembangan semasa KMB serta anak-anak syarikat di bawah KMB, serta pelan hala tuju syarikat dalam usaha memperkasakan nilai dan manfaat kepada anggota koperasi.
Penyertaan KMB dalam MAPT Ke-91 mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik, meneroka peluang perniagaan serta menyokong aspirasi Koperasi PDRM ke arah pertumbuhan dan kecemerlangan organisasi.













