Our News & Events

Stay updated with our latest news, events, and company highlights.

March 6, 2026

Program Agihan Kurma Sempena Ramadan – 6 Mac 2026

KOP Mantap Berhad bersama syarikat subsidiari telah mengadakan sesi agihan kurma kepada orang awam dan para jemaah sempena bulan Ramadan yang berlangsung di dua lokasi iaitu di Masjid Bukit Aman dan Surau AL-Hukama yang berada di Dewan Bahasa & Pustaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad turut serta dalam sesi agihan yang diadakan sejurus selepas Solat Jumaat sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam menyantuni umat Islam serta berkongsi keberkatan bulan Ramadan.

Program ini mencerminkan komitmen KOP Mantap Berhad dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat, khususnya dalam menghayati nilai murni yang dibawa oleh bulan Ramadan.

Scroll to Top