Our News & Events

Stay updated with our latest news, events, and company highlights.

December 24, 2025

Ketua Polis Negara Adakan Lawatan Tapak Ke Kuala Lumpur International Hotel

Kuala Lumpur | 24 Disember 2025

Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua KPDRM,

YDH IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan lawatan tapak ke Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) bagi meninjau keadaan semasa serta potensi pembangunan aset tersebut.

Projek pembaikan dan menaik taraf KLIH telah dilaksanakan oleh KOP Construction Services (M) Sdn Bhd, anak syarikat penuh KOP Mantap Berhad (KMB).

Kehadiran YDH IGP telah disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah KMB, YBhg Datuk Allaudeen Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KMB, Encik Daniel Wong Abdullah, Timbalan Pengerusi KPDRM, YBhg Dato’ Nerita Yaacob, Ahli-Ahli Lembaga KPDRM dan pengurusan kanan KPDRM dan KMB.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada penilaian susun atur ruang dan persekitaran “interior design” keseluruhan hotel sebagai asas kepada perancangan hala tuju masa hadapan. Memupuk keyakinan kemampuan KMB dan anak syarikat dalam bidang pembinaan.

Satu sesi taklimat turut diadakan bagi memberikan gambaran menyeluruh mengenai cadangan pembangunan semula KLIH, termasuk rasional projek dan kepentingannya dalam memperkukuh kedudukan aset KPDRM agar kekal relevan serta berdaya saing.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan kepimpinan tertinggi PDRM dalam memastikan setiap aset koperasi diurus secara berhemah dan berimpak tinggi kepada manfaat ahli.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, YDH CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Setiausaha Polis Malaysia, YDH DCP Abd Rahman Kassim.

#kpdrm #kpn #kopmantapberhad #klih #lawatantapak #pembangunanhotel #asetkoperasi #33yearsofkmb

Siri kedua lawatan tapak ke KLIH dengan fokus kepada penelitian susun atur ruang dan potensi pembangunan aset bagi manfaat jangka panjang ahli KPDRM.

#pdrm #kpn #kpdrm #kopmantapberhad #klih #lawatantapak #pembangunanaset #asetkoperasi #pembangunanhotel #33yearsofkmb #33yearsofexcellence

Scroll to Top